Percutian di Kuantan
Semasa cuti sekolah, saya dan keluarga bercuti ke Kuantan. Kami bertolak dari Bangi pada hari Sabtu dan pulang semula pada hari Isnin.
Di Kuantan, saya sangat seronok kerana dapat pergi ke Teluk Cempedak dan Pantai Sepat. Kami juga menginap di hotel tepi pantai dan dapat menikmati pemandangan laut yang cantik.
Kami turut melawat Air Terjun Sungai Pandan. Airnya sejuk dan sangat menyeronokkan. Saya juga gembira dapat makan ikan bakar dan celup tepung yang sedap.
Percutian ini sangat menyeronokkan dan saya sangat enjoy. Saya harap dapat bercuti lagi ke Kuantan pada masa akan datang!